Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Sayur-Sayuran |
Komoditi |
: Cili Padi |
Famili |
: |
Nama Tempatan |
: Cili Padi |
Cili Padi (Capsicum frutescens) juga dikenali sebagai cili api, cabai burung, cili rawit, lada jarum atau lada tunggeng merupakan tanaman dari keluarga Solanaceae. Merupakan tanaman yang penting di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia dan Thailand sebagai bahan perasa di dalam masakan. Tanaman ini sesuai ditanam dikawasan beriklim tropika terutama di sekitar khatulistiwa. Tanaman ini paling sesuai ditanam dikawasan tanah rendah dengan ketinggian sekitar 0 - 500 meter dari paras laut.