moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Bendi



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Sayur-Sayuran
Komoditi : Bendi
Famili : Malvaceae
Nama Tempatan :

Bendi ialah  sejenis  sayur-sayuran  buah  yang disukai oleh penduduk di Malaysia dan di kawasan beriklim tropika dan berhawa sederhana. Nama-nama lain yang digunakan untuk sayuran ini di Malaysia ialah kacang bendi, kacang mior dan kacang lendir. 

Bendi berasal dari Afrika Tengah dan sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana. Di Malaysia, tanaman ini banyak ditanam di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang seperti dalam Jadual 1.

Buah bendi yang muda mempunyai citarasanya yang tersendiri dan boleh dimasak dan dihidang dengan bermacam cara, terpulang kepada selera penduduk-penduduk setempat. Antara sajiannya ialah sup, goreng, kari, ulam dan juga salad. Disamping kelazatannya, bendi mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti dalam Jadual 2. 

Di samping kegunaannya dalam bentuk buah-buah segar, bendi boleh juga diproses untuk ditin, dibeku, dikering dan dijeruk dengan garam. Buah-buah yang dikeringkan boleh dikisar untuk dijadikan serbuk bahan perisa. Daun muda dan pucuk boleh digunakan untuk masakan. Buah yang sudah tua boleh dijadikan bahan untuk gubahan jambak bunga. Di India, batang yang tua dijadikan sumber gentian di dalam industri kertas.

Satu lagi kegunaan bendi yang masih belum diexploitasikan ialah biji yang matang. lanya mempunyai kandungan protin yang setanding dengan kacang soya. Kandungan minyak sayurannya adalah dari jenis yang bermutu tinggi. Di India juga, biji yang tua ini digoreng dan dikisar untuk dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

 

Nama saintifik bagi bendi ialah Abelmoschus esculentus (L) Moench dari keluarga Malvaceae. Nama lamanya ialah Hibiscus esculentus (L).

 Ciri-ciri lain pokok bendi ialah:

 Batang : Tegak, keras (berkayu), Berwarna hijau, Berpigmentasi merah, berbulu dan mempunyai 5-10 cabang. Ketinggian pokok ialah di antara 1-2 m, mengkut varieti.          

Daun : Berwama hijau sederhana, berbentuk palmate dan mempunyai susunan alternate. Permukaan bawah daun mempunyai lebih banyak bulu daripada permukaan atas. Ukuran daun ialah diantara 14-16 cm panjang dan 16-22 cm lebar. Tangkai daun berukuran 10-12 cm dan berwarna hijau atau merah.

Bunga : Berukuran 7.5 cm garis lintang dengan lima kelopak berwama kuning terang dan merah tua di tengah-tengah. Pokok mengeluarkan bunga 35 hari selepas ditanam dan bunga-bunga berkembang selepas matahari naik dan mengeluarkan debunga yang sangat digemari oleh kumbang-kumbang.

Cara pendebungaan : Pensenyawaan silang

Akar : Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar sisi yang luas.

Buah : Jenis yang popular di Malaysia mempunyai buah yang berwama hijau sederhana, berbentuk bersegi-segi dan berbulu. Panjang buah ialah antara 12-18 cm dan beriilitan 2-2.5 cm bila matang. Saiz buah yang sesuai untuk pasaran ialah antara 10-12 cm. Buah yang dibiarkan tua boleh mencapai sehingga 22 cm dan berwama perang atau kelabu. Apabila cukup tua, buahnya akan memecah mengikut lurah disepanjang buah.

Biji benih : Berwarna kelabu dan beratnya 60 g/1000 biji. 

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi