moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rumput Koronivia



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Makanan Ternakan
Komoditi : Rumput Koronivia
Famili :
Nama Tempatan :

Rumput Humidicola (Brachiaria humidicola) atau rumput Koronivia adalah salah satu rumput yang sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah. Ia tahan terhadap pemotongan dan penghasilan bahan kering yang tinggi. Rumput ini boleh diberikan kepada kambing dan bebiri tanpa menyebabkan fotosensitiviti seperti rumput signal (Brachiaria decumbens). Rumput humidicola paling sesuai ditanam di tanah bris serta tahan pada musim kemarau dan kawasan air bertakung.

Rumput ini ialah tumbuhan saka yang berstolon yang mempunyai daun kurang berbulu, leper, hijau cerah dan menjulur tegap dengan 5-6cm lebar dan kira-kira 12-25cm panjang. Rumput ini boleh dibiakkan dengan menggunakan tampang selain dari biji benih. Hasil kering rumput ini ialah diantara 11-20 tan/ha/tahun dan purata kandungan protein kasar dalam lindungan 12-13%.

 

Maklumat asas

Nama Saintifik : Brachiaria humidicola

Bahan Tanaman : Biji benih dan belahan rumpun (tampang)

Penghasilan Bahan Kering : 11 - 20 tan/ha/tahun

Umur Ragutan/Jarak Pemotongan : 18 - 21 hari

Sesuai Untuk Semua Jenis Ternakan.

 

Kandungan Nutrien 

DM  =  22.17

CP  =  11.37

CF  =  22.8

TDN  =  53.45

ME  =  7.9

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi