Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Sayur-Sayuran |
Komoditi |
: Peria Katak |
Famili |
: |
Nama Tempatan |
: Peria Katak |
Peria katak atau dikenali dengan nama bitter gourd dalam bahasa Inggeris merupakan pokok menjalar dari famili Cucurbitaceae yang ditanam sebagai sayuran jenis buah. Tanaman yang nama saintifiknya Momordica charantia dikatakan berasal dari kawasan tropika dan kini banyak ditanam di kawasan Asia Selatan, Asia Tenggara, China dan juga Caribbean. Kebiasaannya peria katak jarang dimasak bersama sayur-sayuran lain kerana rasanya yang pahit. Walaubagaimana pun mengikut petua, untuk menghilangkan rasa pahitnya, peria katak yang telah dipotong direndam dalam air garam sebelum dimasak. Selain buahnya, tunas dan daun muda peria katak juga boleh dijadikan sayur. Buah peria katak mempunyai kandungan kalori yang rendah, namun diperkaya dengan pelbagai nutrisi yang berguna seperti vitamin B1, B2, B3, vitamin C, magnesium, folat, zink, fosforus, mangan, serta tinggi dengan kandungan serat makanan.