moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rumput Guinea



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Makanan Ternakan
Komoditi : Rumput Guinea
Famili :
Nama Tempatan :

 

Rumput guinea (Panicum maximum) atau rumput kuda ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 - 2 m . Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa (common), green panic, hamil coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa (common) dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.

Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 12% protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.

Rumput guinea biasa ditanam menggunakan biji benih bagi kawasan yang melebihi 1 hektar. Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi keluasan sehektar bergantung kepada kualiti biji benih berkenaan. Jika peratus percambahan tinggi, kadar yang digunakan adalah kurang dan begitulah sebaliknya.

Untuk kawasan yang kurang daripada 1 hektar ianya boleh ditanam menggunakan tampang. Biasanya ianya ditanam menggunakan akar. Serumpun rumput guinea boleh dibelah akarnya menjadi 6-10 bahagian mengikut besar rumpun. Kadar 1:10 selalu diamalkan iaitu 1 hektar kawasan guinea yang subur boleh dibiakkan untuk kawasan seluas 10 hektar.

 

Maklumat asas

Bahan Tanaman : biji benih dan belahan rumpun

Penghasilan Bahan Kering : 30 tan/ha/tahun

Umur Ragutan/Jarak Pemotongan : 18 - 21 hari

Sesuai Untuk Semua Jenis Ternakan.

 

Kandungan Nutrien 

DM  =  25.7%

CP  =  12%

CF  =  36.3%

NFE  =  38.9%

TDN  =  54.8%

ME  =  8.13 MJ/KG

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi