moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Padi



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Padi
Komoditi : Padi
Famili : Poaceae
Nama Tempatan : Padi

Pengenalan

Padi (bahasa Latin: Oryza sativa L.) merupakan salah satu tanaman utama di Malaysia yang terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah (padi bendang) dan padi huma (padi bukit). Pokok padi tergolong di dalam keluarga Gramineae. Padi mempunyai 19 spesies, tetapi dua spesies sahaja iaitu Oryza glaberima stend dan Oryza sativa L. yang ditanam dengan meluas. Oryza glaberima ditanam di Afrika dan Oryza sativa L. pula terdapat di Asia, Australia dan Amerika.

Pengeluaran padi Negara pada tahun 2014 adalah sebanyak 2.59 juta mt dimana sejumlah 1.85 juta mt (71.4%) dibekalkan oleh jelapang dengan keluasan bertanam sebanyak 391,104 ha. Kawasan bertanam luar jelapang seluas 298,628 ha menyumbang sebanyak 0.802 juta mt (28.6 %) pengeluaran padi Negara. Kerajaan telah menetapkan sasaran tahap sara diri dikaji semula menjelang tahun 2020 di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara.

 

 

Padi

Padi tumbuh dengan subur