moa agf MyAgro
Laman Utama

Kalendar Komoditi : Kalendar Tanaman Terung



Bil. Komoditi
1 Terung

  • 1

    Sediakan rumah semaian (8' lebar x 20' panjang). Saiz rumah ini boleh muat 32 kotak semaian. Kadar kotak semaian sebanyak 100 kotak dengan 82 sel unit (45 x 60 cm). Penuhkan sel dengan substrate di dalam kotak semaian. Kadar substrate diperlukan 640 liter (0.07 liter/sel).

  • 2

    Dapatkan benih berkualiti yang telah dirawat. Jika benih disediakan sendiri, rawat dengan Trisodium Phosphate 10% selama 2 1/2 jam dan dibilas dengan air paip selama 45 minit dan kemudian gaul dengan Captan 1.5 gm/kg benih. Semai 3 biji benih dalam sel yang diisi dengan substrate.

  • 3

    Pengawasan berterusan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sembur racun (seperti racun serangga, kulat dan siput) apabila ada kerosakan.

  • 4

    Mencabut pokok-pokok yang tidak menepati indicator. Tingalkan satu pokok dalam 1 sel. Anggaran tinggi anak benih adalah 4-5 cm dengan helai daun 3-4.

  • 5

    Menyembur baja foliar seminggu sekali sehingga mengubah ke ladang. Tabur baja NPK 15:15:15 dalam sel. Kadar 1 g untuk 8 sel.

  • 6

    Membersih kawasan dari semak, tunggul dan akar.

  • 7

    Tabur dan gaul rata GML di setiap batas. pH tanah perlu berada pada tahap 5.5.

  • 8

    Lebar batas 1.2 m x tinggi 30 cm dan panjang mengikut keadaan tanah. Lengkungkan bahagian tengah batas bagi memudahkan air masuk ke dalam batas.

  • 9

    Baja tahi ayam yang kering dan telah reput ditabur di atas batas dan digaul sedikit bersama tanah.

  • 10

    Dedah anak benih kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Tinggi anak benih 6-8 cm dengan helai daun 4-5.

  • 11

  • 12

    Tutup keseluruhan permukaan batas dan sisi batas. Saiz plastik silvershine 1.5 m x 250 m x 0.035 mm.

  • 13

    Plastik ditebuk pada jarak 0.9 m x 1.5 m/1 m x 1 m. Garis pusat setiap lubang 15cm.

  • 14

    Buang anak pokok yang daunnya melecur, kekuningan ataupun berlubang. Pilih anak pokok yang mempunyai 4-5 helai daun, 10 cm tinggi dan tidak berpenyakit. Kadar bersamaan 7,500 anak pokok sehektar. Siram anak benih hingga basah sebelum mengubah. Jarak tanaman 0.9 m x 1.5 m.

  • 15

    Ganti anak pokok yang mati selepas mengubah. Satu pokok selubang tanaman.

  • 16

    Baja (NPK 15:15:15) ditabur di sekeliling pokok mengikut kadar yang disyorkan iaitu 150 kg/ha. Anak pokok setinggi 20 cm dan mempunyai 6-7 helai daun.

  • 17

    Baja (NPK 15:15:15) ditabur di sekeliling pokok mengikut kadar yang disyorkan iaitu 150 kg/ha. Anak pokok setinggi 20 cm dan mempunyai 6-7 helai daun.
    Sembur Glusinate Ammonium di bahagian alur batas. Sembur anak pokok dengan larutan baja pada waktu pagi. Lakukan sebelum rumpai berbunga.

  • 18

    Setiap pancang diikat pada pokok dengan tali/dawai. Setiap pokok perlu satu pancang. Kadar keperluan 7,500 batang kayu dan 10 gulung tali raffia/dawai (100 m/gulung).

  • 19

    Buang semua tunas air, hanya tinggalkan batang utama. Bilangan daun >15 helai.

  • 20

    Baja ditabur di sekeliling pokok mengikut kadar yang disyorkan. Kadar keperluan NPK 17:17:17:2 sebanyak 375 kg/ha dan MOP sebanyak 75 kg/ha. Tinggi pokok >30 cm dan bilangan daun >10 helai.

  • 21

    Hasil dipungut setiap 4 hari di waktu pagi atau petang. Potong tangkai dengan pisau dan pastikan tangkai tidak terpisah dari buah. Potensi hasil sebanyak 20-30 tan/ha.

  • 22

    Baja ditabur di sekeliling pokok mengikut kadar yang disyorkan. Kadar keperluan NPK 17:17:17:2 sebanyak 375 kg/ha dan MOP sebanyak 75 kg/ha. Tinggi pokok >30 cm dan bilangan daun >10 helai.

  • 23

    Sembur Glufosinate Ammonium di bahagian alur batas. Semburan dilakukan sebelum rumpai berbunga.

  • 24

    Baja ditabur di sekeliling pokok dalam lubang plastik. Kadar keperluan NPK 12:12:17:2 sebanyak 375 kg/ha dan MOP sebanyak 75 kg/ha. Pokok berumur 56 hari selepas diubah ke ladang.

  • 25

    Buang semua tunas air, hanya tinggalkan batang utama. Bilangan daun >15 helai.

  • 26

    Baja ditabur di sekeliling pokok dalam lubang plastik. Kadar keperluan NPK 12:12:17:2 sebanyak 375 kg/ha dan MOP sebanyak 75 kg/ha.

  • 27

    Sembur Glufosinate Ammonium di bahagian alur batas. Semburan dilakukan sebelum rumpai berbunga.

  • 28

    Baja ditabur di sekeliling pokok dalam lubang plastik. Kadar keperluan NPK 12:12:17:2 sebanyak 375 kg/ha dan MOP sebanyak 75 kg/ha. Pokok berumur 70 hari selepas diubah ke ladang.

  • 29

    Hasil dipungut setiap 4 hari di waktu pagi atau petang. Potong tangkai dengan pisau dan pastikan tangkai tidak terpisah daripada buah. Potensi hasil 20-30 tan/ha.

Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui