moa agf MyAgro
Laman Utama

Kalendar Komoditi : Kalendar Tanaman Sawi



Bil. Komoditi
1 Sawi

  • 1

    Membuat semburan rumpai (seperti Glufosinate-ammonium) di waktu pagi (cuaca baik). Kawasan tanaman perlu kurang dari 10% rumpai dan sifar sisa tanaman sebelumnya.

  • 2

    GML hendaklah digaul/ digembur Bersama tanah (rotor). Paras pH perlu berada pada tahap 6.0-6.8.

  • 3

    Baja ditabur di atas batas sama rata dan digaulkan sedikit dengan tanah di permukaan atas batas. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar, 20-30 cm tinggi dan panjang mengikut kesesuaian kawasan.

  • 4

  • 5

    Sembur racun pra-cambah (seperti Metolachlor) sama rata pada permukaan batas.

  • 6

    Masukkan racun Thiram dan biji benih dalam bekas dan gaul sama rata. Kadar sebanyak 1.5 kg biji benih dan 4.5 gm Thiram.

  • 7

    Campur/ gaul biji benih dengan pasir (1 sudu besar benih + 1 tin susu pasir) dan ditabur terus ke dalam jalur di atas batas dan ditimbus. Biji benih ditabur dalam jalur di atas batas pada jarak 15 cm antara jalur. Siram dengan air secukupnya. Anggaran penggunaan benih adalah 1.5 kg/ ha. 

  • 8

    Sembur anak benih dengan larutan baja (Baja Daun 13:13:6:4) sehingga semua daunb kelihatan basah pada waktu pagi. Anak benih berumur seminggu, tinggi 3-5 cm dan mempunyai 2-3 helai daun.

  • 9

    Aktiviti ini dilakukan daripada 0-27 hari lepas tanam (HLT). Pengawasan berterusan sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Mula sembur racun yang sesuai apabila serangan melebihi tahap ambang tindakan (ATL). Racun yang digunakan adalah racun serangga, kulat dan siput.

  • 10

    Cabut pokok yang terlalu rapat dan tidak subur. Gunakan Sudip untuk menyulam pada barisan tanaman yang kosong. Baik dilakukan pada waktu petang. Jarak antara pokok ialah 10 cm dan jarak antara baris adalah 15 cm.

  • 11

    Baja (NPK Green 15:15:15) ditabur antara barisan tanaman dan gembur tanah secara manual. Anggaran pokok setinggi 6-8 cm dan mempunyai 4-6 helai daun.

  • 12

    Mencabut rumput/ rumpai yang tumbuh di atas batas. Sembur racun antara batas dengan penyembur yang bertudung. Rumpai perlu tidak melebihi 10% daripada kawasan.

  • 13

    Baja (NPK Green 15:15:15) ditabur antara barisan tanaman dan gembur tanah secara manual. Anggaran pokok setinggi 12-15 cm. Kadar penggunaan 200 kg/ ha.

  • 14

    Sembur pada pokok dengan larutan baja (seperti Urea) sehingga semua daun kelihatan basah. Kadar sebanyak 20 gm baja dicampur dengan 16 lit air untuk sehektar. Lakukan semburan pada waktu pagi. Pokok adalah setinggi 18-24 cm dan mempunyai 6-8 helai daun yang lebar antara 8-10 cm.

  • 15

    Pokok dipotong pada paras tanah di waktu petang. Pokok adalah setinggi 25-30 cm dan mempunyai daun 6-8 helai dan lebar antara 9-12 cm. Hasil purata bagi sawi ialah 12-15 tan/ ha.

Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui