moa agf MyAgro
Laman Utama

Kalendar Komoditi : Kalendar Tanaman Timun



Bil. Komoditi
1 Timun

  • 1

    Membersih kawasan dari semak, tunggul dan akar.

  • 2

    Menggunakan jentera dan peralatan yang bersesuaian.

  • 3

    Tabur kapur secara rata di seluruh kawasan tanaman. Pastikan pH di antara 5.5-6.5.

  • 4

    Bagi kawasan baru dan setiap awal tahun disyorkan bajak piring bagi pembajakan pertama.

  • 5

    Pastikan tanah cukup gembur dan tiada rumpai.

  • 6

    Panjang batas 25 m (213 batas/ha). Lebar batas 1.2 m x tinggi 25 cm. Lorong antara batas 0.3 m.

  • 7

    Baja tahi ayam digaul ke dalam batas. Jika menggunakan plastik penutup batas, perlu menutup keseluruhan batas tanaman. Penggunaan plastik penutup batas 2 m lebar dan 250 m panjang segulung dengan kadar sebanyak 20 gelung/ha.

  • 8

    Biji benih direndam 4-5 jam. Buang benih yang terapung. Sistem tanaman 1 baris/batas dengan jarak 10 cm dalam barisan (1 biji/lubang). Kedalaman penanaman 1.5 - 2 cm (52,200 pokok/ha). Kadar keperluan biji benih adalah 1.8 kg/ha.

  • 9

    Racun (Metalachor) disembur rata di atas batas tanaman. Perlu ikut syor pada label.

  • 10

    Pasang kayu turus setiap 3 m di tengah batas dan disagang. Pukat direntang tegak pada kayu turus 0.15 m dari paras tanah. Saiz pukat 7.6 m panjang x 1.53 m lebar. Kadar keperluan pukat 213 gulung dan kayu turus 2,130 batang bagi sehektar.

  • 11

  • 12

    Baja (NPK 15:15:15) ditabur pada kadar 0.075 kg setiap 1 m panjang batas. Batas panjang 25 m memerlukan lebih kurang 1.9 kg. Baja ditabur di kiri kanan barisan pokok. Kadar keperluan baja 400 kg/ha.

  • 13

  • 14

  • 15

    Sembur (Glufosinate ammonium) di antara batas menggunakan alat penyembur bertudung. Kawal rumpai secara manual atau mekanikal di atas batas. Perlu ikut syor pada label.

  • 16

    Baja (NPK 12:12:17:2) ditabur pada kadar 0.075 kg setiap 1 m panjang batas. Batas panjang 25 m memerlukan lebih kurang 1.9 kg. Anggaran kadar keperluan baja adalah 400 kg/ha.

  • 17

  • 18

    Pungut hasil setiap 2 hari. Hasil boleh dipungut sehingga 70 HLT.

  • 19

    Baja (NPK 12:12:17:2) ditabur pada kadar 0.075 kg setiap 1 m Panjang batas. Batas Panjang 25 m memerlukan lebih kurang 1.9 kg. Anggaran kadar keperluan baja adalah 400 kg/ha.

Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui